Terdapat
3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun
akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…
1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang
untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai
wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas
kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.
2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa
hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang
supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”
Lalu ALLAH berkata,
“Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk
itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru,
seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku
kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam
neraka ku.”
3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”
Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah
kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu,
aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan
kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk
kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH menjawab,
“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan
title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu
bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.
Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu
kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika
berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi
sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita
dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.
Marilah sama-sama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita,
amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha
dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan
bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar
kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi
penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.
--senyum^_^
Tidak ada komentar:
Posting Komentar